TUHAN bayar 'cash'! Itulah ungkapan sesuai bagi menggambarkan nasib yang menimpa seorang pemuda selepas dia cuba meragut telefon bimbit milik seorang wanita. Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan seorang wanita sedang berdiri di bahu jalan sambil bermain telefon bimbit, sebelum dia dihampiri seorang penunggang basikal. Secara tiba-tiba penunggang basikal tersebut meragut telefon bimbitnya dan cuba melarikan diri. Namun beberapa saat kemudian, sebuah kereta yang terlihat insiden berkenaan cuba melanggar basikal yang dinaiki lelaki tersebut, menyebabkannya terjatuh. Lelaki tersebut bingkas bangun untuk cuba melarikan diri, namun dia dikejar oleh orang awam. Dia yang terjatuh lagi sekali kemudian berjaya ditangkap dan dibelasah oleh orang awam di tengah-tengah jalan raya. Tidak dapat dipastikan lokasi tepat ketika kejadian tersebut dirakam, namun dipercayai berlaku di India. Pemilik video juga tidak menyatakan apa yang berlaku selepas pemuda tersebut dibelasah, namun dipercayai dia diserahkan kepada pihak polis. - India.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube