suria

Disuruh perlahankan kenderaan sebab ada upacara, mat salih mengamuk cuba pukul penduduk

Tangkap layar video tular ketika mat salih mengamuk pada petugas-petugas.

TULAR satu video kejadian warga asing marah-marah dan mengamuk sehingga mencetus kekecohan.

Bukan itu sahaja, lelaki ini malah menyerang petugas-petugas di sebuah kampung di Kuta Selatan, Bali, Indonesia.

Menurut Kompas, kejadian itu berlaku saat upacara Melasti (satu upacara penyucian diri) yang dilakukan sebelum berlakunya Hari Raya Nyepi oleh seluruh penganut Hindu di Bali.

Punca kejadian itu adalah disebabkan warga asing tersebut lalu di kawasan yang melakukan upacara Melasti itu dan disuruh untuk memperlahankan kelajuan motor oleh petugas-petugas.

Ketua Perhubungan Awam yang juga Ketua Pesuruhjaya Polis, Stefanus Satake Bayu Setianto mengesahkan kejadian ini pada 19 Mac lalu.

“Ketika mendapatkan keterangan daripada tiga orang saksi di lokasi, kejadian itu berlaku ketika orang ramai sudah pun meninggalkan lokasi untuk menaiki kenderaan masing-masing.

Bagaimanapun, dua warga asing terdiri daripada lelaki dan wanita yang menunggang motosikal bernombor plat DK 6181 DN turut lalu dan petugas terbabit segera memberhentikan kenderaan mereka.

Ia menyebabkan warga asing wanita itu turun dari motosikal sambil merungut dan marah-marah.

Manakala lelaki warga asing itu tiba-tiba turun motor dan serang petugas sambil menjerit “Don’t touch my girlfriend” kerana dia dakwa petugas cuba menyentuh teman wanitanya.

“Petugas merasakan tiada siapa yang menyentuh kekasih tetamu atau warga asing itu, tambahan pula tetamu atau warga asing itu mencabar petugas yang menjalankan kawalan keselamatan untuk aktiviti Melasti,” kata Stefanus.

Walau bagaimanapun, difahamkan kekecohan antara petugas dan dua warga Rusia itu telah dapat diredakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain