suria

Saintis berjaya rungkai misteri ‘air terjun berdarah’ di Antartika

Saintis akhirnya menemui jawapan kepada fenomena misteri di Antartika itu.

FENOMENA 'air terjun berdarah' atau Blood Falls di Antartika menjadi misteri dalam kalangan penyelidik sejak berdekad lamanya.

Turut dikenali sebagai Glasier Taylor, fenomena ais berwarna merah yang terletak di Lembah Kering McMurdo itu pertama kali dikesan pada tahun 1911.

Keadaannya telah menjadi tanda-tanya dalam kalangan para saintis selama beberapa dekad, malah banyak teori dikemukakan berhubung punca fenomena semula jadi itu.

Akhirnya, penyelidik di Universiti Alaska Fairbanks berjaya merungkaikan misteri berkenaan.

Kajian mendedahkan laluan air merah tersebut telah berusia lebih 1.5 juta tahun dan ia berlaku kerana pengoksidaan yang berterusan selama ini.

Lembah air masin dengan kandungan besi yang tinggi menjadi punca kepada fenomena berkenaan, ditambah pula lokasinya yang terperangkap dengan sedikit akses kepada cahaya atau oksigen.

Apabila aliran bersentuhan dengan oksigen di udara, ia menghasilkan karat dan secara beransur-ansur mengubah warna air.

Satu-satunya cara untuk mengakses Blood Falls adalah dengan helikopter dari Stesen McMurdo di Amerika Syarikat, Pangkalan Scott New Zealand atau dengan pelayaran melalui Laut Ross. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain