suria

Gara-gara terlupa cabut kunci, motosikal dilarikan pencuri ketika sedang solat berjemaah di masjid

Motosikal milik seorang jemaah dicuri ketika dia sedang menunaikan solat di dalam masjid. Foto: Serambinews

SEORANG lelaki 'berputih mata' selepas motosikalnya dicuri ketika dia berada di dalam masjid untuk menunaikan solat maghrib berjemaah.

Difahamkan, pemilik motosikal bernama Ruslian, 58, hadir ke Masjid Al Hikmah, Cunda, Aceh Utara untuk berbuka puasa seterusnya solat berjemaah.

Lelaki itu mengaku dia agak tergesa-gesa masuk ke masjid sehingga terlupa mengambil kunci motosikalnya.

Hanya selepas solat maghrib, dia menyedari bahawa kunci motosikalnya tertinggal pada kenderaan tersebut.

Apabila keluar masjid untuk mengambilnya semula, dia mendapati motosikalnya juga telah 'ghaib'.

"Saya kecewa kejadian ini berlaku ketika jemaah sedang melaksanakan ibadah di bulan yang mulia ini," kata Ruslian.

Ruslian bakal membuat laporan kepada pihak polis susulan kecurian tersebut. - Serambinews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan