suria

Bunyi kuat, aksi lumba haram hingga ganggu orang solat... Polis sita lebih 50 motosikal

Sebahagian daripada 56 buah motosikal yang disita kerana pelbagai kesalahan. Foto: Serambinews

POLIS penguatkuasa lalu lintas di Pidie, Aceh menyita puluhan motosikal kerana mengganggu masyarakat melakukan ibadah pada bulan Ramadan.

Menurut jurucakapnya, Mahruzar Hariadi, sebanyak 56 buah motosikal yang disita dengan sebahagiannya melakukan ubah suai sehingga mengeluarkan bunyi kuat untuk tujuan berlumba.

Menurutnya, polis akan melakukan rondaan setiap hari pada bulan Ramadan kerana perlumbaan haram dilakukan oleh sebilangan remaja pada waktu malam hingga selepas subuh.

Ujarnya, aktiviti tersebut bukan hanya tidak sihat malah boleh mengundang bahaya kepada orang lain.

"Kita mahu dalam bulan Ramadan yang mulia ini khususnya dalam bidang kuasa Polis Pidie, tiada lagi bunyi bising ekzos dan jenayah di jalan raya. Jika ada yang melanggar peraturan, kami akan ambil tindakan," katanya.

Ujarnya, pemilik motosikal yang ingin mengambil kembali kenderaan mereka perlu memasang alat ganti mengikut spesifikasi ubah suai yang dibenarkan. - Aceh.tribunnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan