suria

Asyik rakam wanita sedang mandi, pemuda akhirnya kantoi... Mengaku sudah dua kali mengendap!

Seorang pemuda ditangkap polis kerana 'kantoi' merakam aksi wanita sedang mandi. Foto: Kaltimkita

SEORANG pemuda berusia 25 tahun ditahan selepas merakam aksi seorang wanita sedang mandi.

Pemuda yang hanya dikenali sebagai YK, dari Samboja, Kalimantan Timur, melakukan perbuatan tersebut ketika mangsa sedang mandi tanpa mengenakan pakaian di sebuah kafe.

Pada 21 Mac lalu, mangsa yang sedang mandi ternampak telefon bimbit berada di atas siling bilik air.

"Mangsa menjerit kerana terkejut aksinya sedang mandi dirakam," kata pegawai polis bernama Yusuf.

Mangsa terus bergegas keluar dari bilik air untuk mencari dalang yang merakam dirinya, sebelum ternampak YK sedang memegang telefon bimbit mirip yang dilihatnya sebentar tadi.

Mangsa bertindak membuat laporan kepada polis dan setelah memeriksa telefon bimbit YK, didapati ada dua video memaparkan dirinya sedang mandi.

"YK mengakui sudah dua kali merakam mangsa mandi di tempat yang sama," kata polis tersebut lagi.

Jika sabit kesalahan, YK berdepan dengan hukuman penjara selama 12 tahun. - Kaltimkita

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain