suria

Isteri terkejut suami tergamak palsukan kematian sendiri, tinggal dengan perempuan simpanan

Anessa mendakwa suaminya mempunyai perempuan simpanan. foto TikTok

SEORANG isteri mendakwa suaminya memalsukan kematiannya sendiri bagi membolehkannya hidup dengan tenang bersama perempuan simpanan.

Anessa dari San Diego, California di Amerika Syarikat mendakwa, dia dimaklumkan bahawa suaminya membunuh diri selepas lima bulan mereka tidak tinggal bersama.

Bagaimanapun, beberapa bulan kemudian dia terkejut apabila mendapati suaminya masih hidup.

Lebih mengejutkan apabila suaminya tinggal di Mexico bersama perempuan simpanan menerusi hubungan yang terjalin selama enam tahun.

Perkara itu didedahkannya menerusi satu perkongsian video di laman TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar lelaki mati hidup semula, rupanya cuba palsukan kematian sendiri

Suaminya, Tim bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut,

"Saya tidak memalsukan kematian saya sendiri. Maksud saya, walaupun mendengar itu adalah perkara paling tidak masuk akal yang pernah saya dengar dalam hidup.

"Saya diminta untuk berpisah kerana kami berada di Miami dan kononnya ibunya koma selama berbulan-bulan," katanya.

Menerusi video yang lain, Tim turut menafikan dia mempunyai perempuan simpanan.

"Saya tidak pernah menipu mana-mana wanita dalam hidup saya, terutama Anessa.

"Saya bertemu dengan tunang saya selepas Anessa meninggalkan Miami," katanya lagi. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain