suria

Nasib malang si pencuri... Lelaki larikan ambulans terbabit kemalangan

Rakaman menunjukkan seorang lelaki mencuri sebuah ambulans.

SEORANG lelaki bertindak mencuri sebuah ambulans sebelum terbabit dalam kemalangan.

Suspek berusia 21 tahun didakwa mencuri sebuah ambulans dari Balai Polis Ratburana di Bangkok, Thailand, pada Rabu malam.

Lelaki yang di bawah pengaruh dadah itu kemudian memandu ambulans ke sebuah stesen minyak.

Di sana, cubaannya untuk mencuri sebuah trak pikap bagaimapun tidak berjaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pencuri malang! Nasib tak baik, tersepit 5 jam pada pintu besi sebelum ditahan polis

Menurut laporan Thai PBS, suspek kembali memandu ambulans yang dicuri sebelum merempuh sebuah kereta di tempat parkir.

Polis kemudian tiba di lokasi kejadian dan menahan suspek.

Terdahulu, suspek dibawa oleh keluarganya ke balai polis kerana ketagihan dadah dan ditahan sementara sebelum dibawa ke pusat pemulihan dadah.

Pada hari kejadian, suspek didakwa terlepas dari tahanan sebelum mencuri ambulans. - thethaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain