suria

Lelaki didenda RM25 selepas buat seks dekat taman awam, saksi sempat rakam video

Karen melakukan hubungan intim bersama pasangan di bawah jambatan di Bangkok, Thailand.

SEORANG lelaki Thai didenda 200 baht (RM25) selepas video dia melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya yang berusia 20 tahun di taman awam.

Video pasangan itu dirakam oleh seorang saksi, Tawee, 65, ketika pasangan ini melakukan hubungan intim berhampiran taman awam di bawah Jambatan Bhumibol 2, Bangkok, Thailand.

Video tersebut dikongsi di media sosial bertujuan untuk mengutuk kelakuan mereka yang tidak senonoh dan mengaibkan.

Pegawai dari Balai Polis Phrapadaeng berjaya menjejaki suspek menerusi video tersebut pada hari yang sama selepas melihat dia berbasikal berhampiran taman itu dan daripada pakaian yang dipakainya dalam video.

Suspek, Karun, 42, kemudian ditahan oleh pihak polis untuk disoal siasat.

Bagaimanapun, pada mulanya suspek menafikan dakwaan itu dengan menyatakan dia dan teman wanitanya hanya berbaring dan berehat.

Namun, dia terpaksa mengakui tindakannya itu selepas pegawai menunjukkan video itu dan dia menjelaskan bahawa tidak mempunyai wang yang cukup untuk menempah bilik hotel.

Karun menghadapi pertuduhan melanggar Seksyen 397 Undang-undang Jenayah kerana tindakan mengganggu dan melakukan sesuatu yang mengaibkan.

Pertuduhan ini membawa denda sehingga 5,000 baht (RM647) tetapi nasib menyebelahi Karun apabila dia hanya didenda 200 baht. - THE THAIGER

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain