suria

Mahu cuba kelainan, lelaki cekik teman wanita sampai mati ketika hubungan seks

Lelaki itu mengaku mencekik teman wanitanya sehingga mati ketika seks.

SEORANG lelaki dari Texas, Amerika Syarikat, ditangkap selepas dia mengaku mencekik teman wanitanya sehingga mati ketika pasangan itu melakukan hubungan seks, kata polis.

Menurut fakta kes, polis menerima panggilan kecemasan dari alamat blok 800 Ashland Boulevard di Channelview sekitar 2.20 pagi Selasa.

Ketika tiba di lokasi, pegawai mendapati seorang gadis dikenali sebagai DeJe Garett-Hillard, 24, sedang terbaring dan tidak memberikan sebarang bertindak balas.

Dia dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

Teman lelaki mangsa, Jaaron Thomas, 27, memberitahu polis bahawa mereka mencuba aktiviti erotic asphyxiation, merujuk kepada perbuatan seks yang memotong bekalan udara ke otak dengan sengaja melalui teknik mencekik untuk meningkatkan rangsangan seksual.

Thomas telah ditangkap dan didakwa atas kesalahan pembunuhan namun dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak AS$40,000 (RM176,500).

Sebelum dibebaskan, pihak pendakwa meminta hakim mengenakan beberapa syarat ke atas Thomas, antaranya menghalangnya daripada menghubungi keluarga mangsa, memiliki senjata api, atau mengambil dadah dan alkohol.

Perbicaraan seterusnya ditetapkan pada 17 Mei. - NY Post.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain