SEBUAH pesantren atau sekolah pondok di Blitar, wilayah Jawa Timur masih mengekalkan tradisi mendirikan solat tarawih 'kilat' dalam masa kurang dari 10 minit untuk 20 rakaat beserta tiga rakaat witir. Difahamkan, tradisi yang diamalkan di Pondok Pesantren Mambaul Hikam Mantenan itu sudah wujud sejak 1907. Pengurus pondok, Dliya'uddin Azzamzami Zubaidi berkata, solat tarawih kilat itu dilaksanakan secara turun temurun bermula dari pengasasnya Kiyai Abdul Ghofur, sebelum diteruskan oleh anaknya, Kiyai Sulaiman Zuhdi dan seterusnya oleh Kiyai Zubaidi Abdul Ghofur. Kiyai Abdul Ghofur menyedari lokasi pondok pesantrennya adalah di kawasan perumahan yang kebanyakan penduduknya bekerja sebagai petani. Kesibukan penduduk kampung bertani dari pagi hingga lewat petang, membuatkan mereka enggan untuk bertarawih lama. Pondok Mambaul Hikam merupakan salah satu pusat pengajian al-Quran tertua di Blitar dan kini mempunyai ribuan pelajar dari seluruh Indonesia. - Detik.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube