SUDAHLAH menghadapi masalah bayaran parkir yang tinggi, seorang wanita sanggup bertegang leher dengan teman lelakinya bagi mengelakkan ruangan tempat letak kenderaan itu digunakan bakal ibu mentuanya. Malahan dia enggan menggunakan kenderaan awam untuk ke rumah teman lelakinya itu meskipun diminta berbuat demikian. Ia berikutan, dia membayar sendiri kos sewaan tapak parkir di apartment tersebut. "Teman lelaki telah menyewa apartment dan saya membayar kos sewaan parkir kerana memiliki kereta. "Beberapa hari kemudian, ibunya berhasrat datang melawat... disebabkan dia tidak mahu membayar kos parkir di ruangan berhampiran, dia mahu menggunakan lot parkir saya," luahnya. Pun begitu, dia bertegas untuk tidak menyerahkan ruangan parkir berkenaan selain menyifatkan bakal ibu mentuannya sebagai kedekut. Malah katanya, lokasi parkir yang terdapat di kawasan sekitar hanya mengambil masa lima minit berjalan. - Mirror.uk Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube