suria

Isteri nekad bakar baju raya dijahit untuk suami, kecewa diberi alasan malu pakai sedondon

Wanita tersebut membakar baju raya yang dijahit untuk suaminya.

KECEWA kerana si suami enggan memakai baju raya berwarna sedondon, seorang wanita bertindak nekad membakar pakaian yang dijahitnya sendiri untuk lelaki tersebut.

Menerusi video berdurasi 45 saat yang dimuat naik di TikTok, kelihatan wanita tersebut yang memakai baju berwarna hijau, menyalakan pemetik api untuk membakar baju suaminya yang juga rona serupa.

"Baju yang saya jahit dengan penuh kasih sayang dan berharap agar lebaran kali ini saya dan suami dapat memakai pakaian sedondon," demikian menurut keterangan video tersebut.

Tambah wanita berkenaan dalam keterangan yang ditulis pada video itu, suaminya enggan memakai baju raya tersebut dan memberi alasan malu mengenakan pakaian sedondon dengannya.

Katanya lagi, dia sanggup bersengkang mata dan memerah tenaga menjahit baju raya untuk suaminya agar dapat digayakan bersama pada 1 Syawal, namun kecewa apabila usahanya tidak dihargai.

"Walaupun sudah memaafkan, ia tidak bermaksud kekecewaan yang saya rasai ini terubat," tambahnya.

Video tersebut menjadi tular dan mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen.

"Perasaan isteri yang terluka... pengajaran buat suami.

"Padahal untuk buatkan isteri bahagia itu mudah sahaja... kadang kala suami yang tidak sedar. Semangat ya kak.

"Pentingnya dalam rumah tangga saling memahami," demikian antara komen netizen. - Wolipop

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain