suria

Ada 600 anak, mahkamah arahkan lelaki ini untuk berhenti derma sperma

Lelaki ini terlampau 'rajin' menderma sperma.

MAHKAMAH di Belanda, Jumaat lalu, mengarahkan seorang lelaki yang disyaki mempunyai lebih 550 anak melalui pendermaan sperma supaya berhenti menderma spermanya.

Lelaki berusia 41 tahun dari The Hague yang dikenali dalam media Belanda sebagai Jonathan M itu diheret ke mahkamah oleh yayasan melindungi hak kanak-kanak kerana pendermaan sperma.

Aduan turut dilakukan ibu kepada seorang daripada ratusan anak yang didakwa bapanya adalah berasal daripada sperma didermakan Jonathan M.

Garis panduan klinikal Belanda menjelaskan seorang penderma sperma tidak sepatutnya menjadi bapa kepada lebih daripada 25 anak dalam 12 keluarga.

Tetapi hakim berkata, lelaki itu membantu kelahiran antara 550 dan 600 anak sejak dia mula menjadi penderma sperma pada 2007.

"Oleh itu, mahkamah melarang defendan daripada menderma spermanya kepada bakal ibu bapa baharu selepas mengeluarkan penghakiman ini," kata Hakim Thera Hesselink. - The Guardian

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain