suria

Tragedi sawah berdarah! Cinta tak direstui, pemuda tembak mati bekas kekasih... enggan tengok kahwin lelaki lain

Mangsa (gambar kecil) ditembak mati oleh bekas kekasih. Penduduk di lokasi kejadia. foto istimewa

GARA-gara hubungan cinta tidak direstui, seorang pemuda tergamak menembak mati bekas kekasihnya.

Ketika kejadian, mangsa berada di sawah padi di Desa Tanjuang, Nagari Aur Malintang, Kabupaten Padang Pariman, Sumatera Barat di Indonesia.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pariaman, AKP Muhamad Arvi berkata,insiden berlaku kira-kira pukul 1 tengah, Khamis.

"Mangsa berusia 20 tahun mati ditembak oleh bekas teman lelakinya sendiri berumur 27 tahun," katanya.

Ketika kejadian, mangsa yang bekerja di sawah sedang menuai padi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Pengantin perempuan mati ditembak bekas kekasih pada hari perkahwinan

Berdasarkan keterangan saksi, suspek merupakan bekas teman lelaki mangsa dan kedua-duanya menjalinkan hubungan selama lima tahun.

Bagaimanapun, hubungan mereka putus selepas tidak mendapat restu daripada ibu bapa mangsa.

Difahamkan, motif suspek melepaskan tembakan kerana mangsa akan bertunang dengan calon pilihan ibu bapanya.

Polis berjaya menahan suspek dan kes tersebut kini dalam siasatan.

Sebagai peringatan, perbuatan membunuh adalah salah dari segi undang-undang, maka semua pihak perlu menjauhinya. - Tribun Medan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain