KECOH ramai penduduk menyerbu ke sebuah kolam kerana airnya bertukar warna merah jambu. Insiden itu dirakamkan menerusi satu video yang tular di media sosial. Kelihatan puluhan penduduk sedang mengambil air tersebut menggunakan baldi. Dalam kejadian yang berlaku di Lombok Tengah di Indonesia, mereka kemudian menuangkannya ke dalam botol atau cerek. Penduduk tempatan percaya air tersebut boleh dijadikan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit. ARTIKEL BERKAITAN: Sungai terpanjang dunia mengering, penduduk gempar kapal abad ke-19 timbul Salah seorang penduduk, Maseni, 50, berkata, kolam tersebut mula dikunjungi penduduk pada Jumaat selepas menyedari air kolam itu bertukar warna merah jambu. "Awalnya air kolam itu biasanya berwarna 'putih coklat keperangan', tetapi pada Jumaat bertukar menjadi merah jambu. "Ramai penduduk yang pergi ke sana untuk mengambil air itu," kata "Ada yang meminumnya, ada yang menggunakan air itu dengan mandi untuk mengubati penyakit. "Sekarang (kawasan kolam) agak sunyi kerana air merah jambu sudah diambil. Sekarang air kembali 'putih' semula," kata Maseni ketika dihubungi, pada Ahad. Sebagai peringatan, kepercayaan yang mengandungi unsur khurafat dan tahyul adalah bercanggah dengan akidah Islam. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam garis panduan Khurafat dan Azimat menyatakan khurafat sebagai cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam. - Kompas Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube