suria

Jiran sakan main mercun, bayi 38 hari terkejut kena sawan sampai meninggal... Pelaku hanya datang minta maaf depan pintu

Seorang bayi meninggal dunia setelah mengalami sawan akibat daripada bunyi mercun kuat. - Gambar hiasan

KEMERIAHAN berkumpul dengan sanak saudara sempena Hari Raya pastinya lebih ceria dengan aktiviti bermain bunga api dan mercun.

Namun, siapa sangka tindakan membakar mercun boleh bertukar tragedi apabila terjadinya perkara tidak diingini seperti kematian.

Menurut portal Surabaya Kompas, seorang lelaki, Astunggal, 53, membakar mercun pada malam 22 April lalu sehingga menyebabkan bayi berusia 38 hari terkejut hingga mengalami kekejangan dan sawan.

Kejadian berlaku di Kampung Jatirembe, mukim Benjeng, daerah Gresik, Jawa Timur, Indonesia.

Dalam kejadian tersebut, ibu bapa mangsa yang merupakan jiran selang tiga buah rumah sedang berehat di bilik tidur sebelum mendengar letusan mercun.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi terus bertahan walau dijangka meninggal, ibu ayah rakam sebanyak mungkin kenangan! Harap dapat rai Aidilfitri bersama

ARTIKEL BERKAITAN: Terlelap ketika menyusu, ibu tak sengaja tindih bayi sehingga meninggal dunia

Akibat daripada terkejut dengan apa berlaku, bayi tersebut mengalami sawan teruk.

Selain mengalami kesukaran untuk bernafas, mata kanan bayi itu tertutup serta lidahnya menjadi kaku.

Apabila keadaan semakin buruk, ibu bapa bayi tersebut membawa anak mereka ke unit rawatan rapi (ICU) di hospital berdekatan.

Bagaimanapun, bayi tersebut tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia pada 27 April lalu selepas enam hari koma.

Doktor mengesahkan bayi tersebut meninggal akibat pembuluh darah pecah pada otak namun tidak pernah mengalami hentakan atau gegaran pada kepala sebelum ini.

Terkejut dengan apa yang berlaku, lelaki yang bermain mercun berkenaan menjelaskan bahawa dia hanya mahu meraikan suasana Aidilfitri dengan anak buah dan cucunya sahaja yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.

"Jauh di lubuk hati saya, tak ada niat untuk mengganggu jiran tetangga terutama bayi. Jarak rumah dengan keluarga (mangsa) selang tiga buah rumah sejauh 15 hingga 20 meter," katanya pada Isnin.

Pihak keluarga mangsa begitu terkilan dengan sikap Astunggal apabila dia tidak datang untuk membuat permohonan maaf kepada mereka.

Hanya selepas dipanggil ketua kampung, Gus Yani, barulah Astunggal membuat permohonan maaf namun hanya sekadar di hadapan pintu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain