suria

Kejam! Ibu cincang, makan kepala anak lelaki berusia 5 tahun... "Mahu anak tinggal bersama selamanya"

Suspek menyatakan ingin bersama anaknya selamanya.

BUKAN sahaja tidak berperikemanusiaan, malah ibu berusia 29 tahun ini tergamak memakan anak lelakinya sendiri.

Kejadian ngeri tersebut berlaku di Mesir.

Difahamkan, suspek yang dikenali sebagai Hanaa dipercayai mencincang badan anaknya yang berusia lima tahun sebelum memakan sebahagian daripada kepalanya.

Malah ketika ditahan, polis menemukan cebisan daging mayat kanak-kanak terbabit di dalam baldi di rumahnya.

Menurut sumber penguatkuasa undang-undang, Hanaa melakukan perbuatan keji itu kerana mahu anaknya tinggal bersamanya.

"Dia menyatakan 'mahu anak tinggal bersama selama-lamanya'," ujar sumber terbabit.

Tidak lama selepas kejadian itu, dia mendakwa bahawa dia tidak berniat untuk membunuh anaknya.

Susulan itu, tertuduh dilaporkan mengalami masalah kesihatan mental yang menyebabkan dia melakukan perbuatan tersebut.

Dia dijadualkan menjalani penilaian kesihatan mental sebagai sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan. - Mirror.uk

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

bunuh anak, cincang anak, kejam,

Artikel Lain