suria

Jadi bapa kepada lebih 550 anak, mahkamah perintah lelaki berhenti derma sperma

Lelaki berkenaan didakwa memperdaya ramai ibu bapa untuk menerima spermanya. Gambar hiasan

MAHKAMAH di Belanda telah mengeluarkan larangan terhadap seorang lelaki agar tidak lagi mendermakan spermanya, selepas dia kini menjadi 'bapa' kepada sekurang-kurangnya 550 anak.

Lelaki tersebut yang hanya dikenali sebagai Jonathan M, difahamkan telah mendermakan sperma kepada beberapa klinik kesuburan di Belanda dan Denmark, serta orang yang ditemuinya dalam talian, demikian menurut Mahkamah Daerah Hague.

Garis panduan kebangsaan di Belanda hanya membenarkan jumlah maksimum seorang penderma sperma untuk menjadi bapa kepada 25 anak atau daripada 12 ibu.

Peguam Jonathan M berkata, anak guamnya hanya mahu membantu ibu bapa yang tidak mempunyai peluang mendapatkan cahaya mata.

Namun seorang hakim menyanggah dan berkata lelaki tersebut sengaja berbohong untuk memujuk ibu bapa mengambilnya sebagai penderma.

Mahkamah juga diberitahu bahawa ibu bapa kepada anak-anak yang dilahirkan daripada benih Jonathan M 'kini berhadapan dengan hakikat bahawa anak-anak dalam keluarga mereka adalah sebahagian daripada rangkaian persaudaraan yang besar'.

Larangan terhadap Jonathan M telah disuarakan oleh ibu kepada seorang kanak-kanak yang dilahirkan daripada benihnya serta sebuah yayasan.

Sekiranya Jonathan M melanggar injunksi terhadapnya menderma lebih banyak sperma, dia boleh dikenakan denda sehingga £88,115 (RM493,118). - Metro.co.uk

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain