VIDEO sekumpulan lelaki bermain alat muzik gamelan di tengah hutan yang dikatakan mirip filem KKN di Desa Penari, tular di media sosial. Video yang dimuat naik di akaun tiktok @kinnnn_4 menunjukkan sekumpulan pemuzik itu duduk di tepi jalan kecil, di bawah khemah biru. Bukan sekali, Qalby yang berkongsi video itu bertemu dengan pemuzik melakukan aktiviti mereka di tengah hutan sebanyak dua kali. ARTIKEL BERKAITAN: Filem KKN di Desa Penari, didakwa kisah benar yang viral di Twitter ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda rasa 'ada benda ikut' selepas Tonton filem KKN di Desa Penari... 2 kelibat wanita berkebaya ganggu tidur, nak lari kena tindih pula! Bagaimanapun, segelintir netizen memberitahu, aktiviti pemuzik tersebut merupakan perkara biasa memandangkan jalan yang dilalui mereka adalah laluan ke lokasi pelancongan. Difahamkan, video pemain muzik gamelan di tengah hutan itu berlaku di kawasan Situ Gunung, salah satu destinasi pelancongan di Sukabumi, Jawa Barat di Indonesia. Setakat ini, video yang dikongsi di akaun TikTok itu meraih lebih sejuta tontonan. Filem KKN di Desa Penari mengisahkan tentang enam pelajar iaitu Ayu, Nur, Widya, Wahyu, Bima dan Anton yang sedang menjalani tugasan luar universiti di sebuah perkampungan. Desa yang dipilih pelajar itu bagaimanapun menyimpan banyak misteri sehingga mereka mengalami pelbagai kejadian pelik dan seram selepas ada antara mereka yang melanggar pantang larang ditetapkan. - Tribun Medan Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube