suria

Bayi tanpa dubur dilahirkan dengan 2 zakar

Bayi tersebut boleh menggunakan kedua-dua organ tersebut. foto:Reuters

SEORANG bayi lelaki Pakistan yang dilahirkan dengan dua zakar mengejutkan pakar perubatan.

Malah, dia berkemungkinan boleh menggunakan kedua-dua organ itu.

Bayi itu dilahirkan dengan kes diphallia, keadaan yang menjejaskan satu daripada enam juta bayi.

Sebelum ini, bayi berkenaan bakal menjalani pembedahan untuk membuang satu zakar bagaimanapun pakar bedah Hospital Kanak-kanak di Pakistan meninggalkan kedua-dua organ itu dan tidak jelas mengapa mereka berbuat demikian.

Memetik laporan Hindustan Times, bayi itu juga boleh membuang air kecil dari kedua-dua zakarnya dengan satu zakar berukuran satu sentimeter (sm) lebih besar berbanding satu lagi.

Pakar bedah melakukan kolonoskopi supaya bayi Pakistan itu boleh membuang najis kerana dia dilahirkan tanpa dubur.

Hasil daripada imbasan mendapati bayi itu mempunyai satu pundi kencing yang melekat pada dua uretra yang menyebabkan dia boleh mengeluarkan air kencing dari kedua-dua zakar.

Selain itu, pakar bedah mengalihkan satu hujung kolonnya melalui lubang di bahagian bawah kiri perut, untuk membolehkannya membuang air besar.

Baru-baru ini, jurnal perubatan mendedahkan laporan bayi berkenaan yang dirawat di Hospital Kanak-kanak di Institut Sains Perubatan Pakistan.

Jurnal Laporan Pembedahan Antarabangsa mendedahkan, risiko dan kematian lebih tinggi dikaitkan dengan diphallia adalah kerana anomali yang disertakan pada sistem urogenital dan gastrousus (pencernaan).

Terdapat hanya 100 kes diphallia pernah direkodkan dalam sejarah dengan bayi lelaki yang dilahirkan selepas 36 minggu adalah salah satu contoh terbaharu kes jarang berlaku.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain