suria

Pekerja rumah mayat ‘buat duit’ dengan mencuri organ, anggota badan... Jual secara online siap bagi diskaun

Antara barangan yang dicuri daripada mayat dan dijual secara dalam talian.

SEORANG bekas pekerja di sebuah rumah pengurusan mayat di Arkansas, Amerika Syarikat didakwa di mahkamah kerana kesalahan menjual anggota badan dan organ yang dicuri daripada mayat, secara dalam talian.

Candace Chapman Scott, 36, telah didakwa menjual sekurang-kurangnya 20 kotak bahagian tubuh yang diambil daripada mayat kepada seorang lelaki yang ditemuinya di Facebook, Jeremy Lee Pauley.

Didakwa bahawa dalam tempoh sembilan bulan berurusan jual beli, Scott menjual janin, otak, jantung, paru-paru, kemaluan dan bahagian badan yang lain pada harga yang diberi diskaun.

Scott, dari Little Arkansas, mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Menurut kertas pertuduhan, Scott yang bekerja di Perkhidmatan Mayat Pusat Arkansas di mana peranannya termasuklah mengangkut, membakar dan mengawet mayat, dituduh menyalahgunakan mayat yang dihantar ke tempat kerjanya.

Sementara itu Pauley telah didakwa di Pennsylvania atas tuduhan menyalahgunakan mayat, menerima harta curi dan berurusan dengan hasil aktiviti yang menyalahi undang-undang. Dia bebas dengan ikat jamin dengan perbicaraan seterusnya ditetapkan pada 7 Jun.

Scott pula kekal dalam penjara akan menjalani perbicaraan berasingan. - Dailystar

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain