suria

Gayat! Lelaki ini sahut cabaran kayuh basikal BMX tinggi di udara

Lelaki ini menyahut cabaran untuk mengayuh basikal BMX tinggi di udara.

TIADA apa yang mustahil di dunia.

Begitulah apa yang berjaya dibuktikan seorang lelaki di United Kingdom apabila dia baru-baru ini menunjukkan kebolehannya menunggang basikal BMX di platform terapung pada ketinggian 610 meter (m) di udara.

Kriss Kyle, 31, menyifatkan ia sebagai peluang sekali seumur hidup.

Penunggang dari Britain itu melengkapkan aksi pertama dunia yang dipanggil Don't Look Down apabila menunggang basikal BMX di atas platform dibuat khas yang digantung pada belon udara panas.

Belon udara itu berlepas dari Charlton Park Estate di Wiltshire, dekat sini, dan terbang kira-kira 48,280 m di atas Cotswolds, sebelum mendarat.

Kyle melakukan beberapa aksi sangat teknikal dalam masa singkat itu, pada Februari lalu.

Dia melakukan aksi itu sambil memakai payung terjun ketika platform itu sentiasa berayun.

Media melaporkan Kyle yang juga atlet Red Bull itu bertanding dalam acara BMX secara profesional sejak 2008.

Kyle berkata, idea bermain di atas taman papan terapung tercetus ketika berbasikal bersama anjing peliharaannya pada tempoh sekatan pergerakan (lockdown).

Idea itu kemudian dikongsikan bersama pengurusnya di Red Bull, sebelum ia direalisasikan. - Sky News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain