suria

Tragis! Wanita maut ditembak kekasih kerana gugurkan kandungan

Gabriella (gambar kecil) maut selepas ditembak kekasihnya kerana menggugurkan kandungan.

SEORANG lelaki menembak mati kekasihnya selepas mendapat tahu wanita tersebut menggugurkan kandungan.

Menurut afidavit waran tangkap, Harold Thompson, 22, pada mulanya mencekik kekasihnya, Gabriella Gonzalez yang berusia 26 tahun ketika mereka bersemuka di kawasan parkir kereta di Dallas, Texas.

Ketika itu, Gabriella baharu pulang dari Colorado, di mana dia menggugurkan kandungannya.

"Dipercayai suspek adalah bapa kepada bayi itu. Suspek tidak mahu (Gonzalez) menggugurkan kandungan," demikian menurut afidavit.

Video kamera keselamatan dari tempat letak kereta menunjukkan Gabriella enggan mempedulikan Thompson.

Lelaki itu kemudian mengeluarkan pistol dan menembak kekasihnya di kepala.

Gabriella rebah ke tanah dan Thompson menembaknya beberapa kali sebelum melarikan diri, kata afidavit itu.

Thompson berjaya ditangkap beberapa hari kemudian dan dia disabitkan dengan tuduhan membunuh.

Sebagai maklumat tambahan, Texas mengharamkan pengguguran selepas kira-kira enam minggu kehamilan, berkuat kuasa pada September 2021. - Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain