SEORANG kanak-kanak lelaki di Mongolia mencuit hati warga maya apabila dia dengan jujur membuat pengakuan cuba 'mencuri' gelang emas milik ibunya kerana mahu memberinya sebagai hadiah kepada teman wanita di sekolah. Dalam klip video yang tular di media sosial itu, si ibu 'menyoal siasat' anak lelakinya dan kanak-kanak lelaki tersebut memberi jawapan yang jujur sehingga ibunya tertawa. "Saya cuma nak berikan dia (teman wanita) yang terbaik," jawab kanak-kanak tersebut apabila ditanya oleh ibunya. Difahamkan, gelang emas tersebut berharga hampir AS$1,540 (RM6,892). Ia adalah hadiah daripada bapa kanak-kanak itu kepada ibunya. Video tersebut bukan sahaja membuatkan warga maya terhibur, malah tersentuh melihat keakraban hubungan dua beranak berkenaan. - Thaiger.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube