DEMI membiayai rawatan cucu, seorang datuk berusia 72 tahun sanggup menjadi 'beauty vlogger' dan beberapa produk kecantikan. Sanggup mengetepikan rasa malu, Zhu Yunchang mempelajari selok belok produk kecantikan selain mengenakan pelbagai alat solek di wajah. Tindakannya itu ternyata menyentuh perasaan jutaan warga maya. Malah dia dikatakan telah menjual rumah dan beberapa aset berharga lain bagi mendapatkan wang untuk membeli ubat selain turut menggunakan duit persaraannya. Ia berikutan cucunya, Xiao Jingyan telah didiagnosis dengan penyakit yang jarang berlaku iaitu atrofi otot tulang belakang (SMA), enam tahun lalu. Difahamkan, doktor menjangkakan cucunya hanya mempunyai kira-kira 18 bulan untuk hidup. Namun, pada masa ini, ia telah melebihi jangkaan mereka dan satu-satunya ubat yang digunakan untuk merawat keadaan Xiao hanya boleh diimport dari Amerika Syarikat dengan harga sekitar 700,000 yuan (RM450,974). Ekoran daripada itu, Zhu sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan nyawa cucunya. - Oddity Central Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube