suria

Wanita dikecam pakai gaun putih ke majlis kahwin rakan, fabrik jarang hingga nampak seluar dalam

Wanita tersebut dikatakan sengaja mahu mengalihkan tumpuan tetamu lain daripada pengantin perempuan.

SEORANG tetamu perkahwinan dikecam hebat kerana memakai pakaian yang tidak sesuai ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya.

Wanita yang tidak dikenali itu menggayakan gaun berwarna putih dan apa yang mengejutkan, fabrik kain tersebut begitu jarang sehingga seluar dalamnya jelas kelihatan.

Gambar tetamu itu dimuat naik di laman Facebook popular, That's It, I'm Wedding Shaming, yang menunjukkan wanita tersebut memakai gaun putih yang jarang.

Warga maya dan perunding imej menyelar wanita berkenaan kerana menganggapnya tidak menghormati majlis.

Namun ramai yang mendakwa ia adalah taktik atau perbuatan yang disengajakan untuk mengalih perhatian tetamu daripada pengantin perempuan. - Dailystar

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain