suria

Demi harta! Suami dilayan seperti haiwan... Tinggal dalam keadaan kotor, tidak mandi

Saudara kembar Kate Somerset-Holmes (gambar kecil) dibiarkan dalam keadaan kotor dan menjijikan.

SEORANG wanita disabitkan kesalahan selepas adik kepada suaminya itu tampil dan mengambil tindakan perundangan.

Dia juga didakwa kerana sanggup memperhambakan suaminya yang cacat selain melayani lelaki terbabit seperti haiwan kerana ingin mendapatkan harta.

Susulan itu, dia bersama teman lelakinya didapati bersalah kerana menahan dan melakukan perhambaan, selepas perbicaraan empat minggu di Mahkamah Tinggi Portsmouth.

Juri telah mendengar daripada adik kembar Somerset-How, Kate Somerset-Holmes bagaimana dia terpaksa 'menyerang hendap' penjaga terbabit untuk mendapatkan akses kepada abangnya, yang ditemuinya dalam keadaan menyedihkan dan kotor.

Somerset-Holmes yang memainkan watak Miss Hannigan dalam produksi West End bagi Annie serta telah muncul dalam Silent Witness dan Holby City, memberitahu juri bahawa abangnya tidak terurus selain kelihatan sangat kurus.

Mahkamah mendengar beratnya telah merosot selain tidak dibersihkan sepanjang hidupnya. - The Sun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain