SALT Bae membuat dirinya dilanda kontroversi sekali lagi selepas menggembar-gemburkan burger berharga RM138 (£25) yang kemudiannya dianggap sebagai penghinaan terhadap individu yang memakan daging serta tidak. Ia berikutan ciptaan terbaru chef selebriti itu secara tidak sengaja telah menyinggung perasaan kedua belah pihak kerana salah satu komponen utama hidangan ditukar. Mempromosikannya di halaman Instagram, menu tersebut telah ditambah untuk jualan di restoran Nusr-Et yang sangat mahal di seluruh dunia. Dalam klip itu, Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gökçe mempamerkan kemahiran memasaknya ketika dia mengeluarkan ciptaan kontroversinya, Burger Avocado. Video yang disiarkan pada hari Khamis menunjukkan Salt Bae secara mendadak menuang keju cair pada enam buah avokado yang telah dihiris separuh. - The Sun Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube