suria

Jijik! Wanita simbah air kencing di rumah jiran, rupanya mahu beli dengan harga murah

Sanggup buang air kencing di rumah jiran demi membeli rumah berkenaan.

JIJIK! Seorang wanita dipercayai membuang air kencingnya di rumah jiran.

Dia juga dikatakan mengulangi perkara sama sejak 2017.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dia dilihat membawa bekas berisi air yang kemudian disimbah ke dinding rumah jiran.

Pernah ditangkap melakukan perbuatan tersebut, dia telah berjanji untuk tidak mengulanginya namun, keadaan sebaliknya berlaku.

Pelik dengan insiden berkenaan, pegawai polis melakukan siasatan dan mendapati ia disebabkan rumah tersebut adalah milik adiknya yang telah dijual.

"Dia ingin memiliki rumah tersebut dan disebabkan itu telah menyimbah air kencing serta melempar sampah ke rumah jirannya.

"Perbuatan itu dilakukan dengan harapan jirannya akan menjual rumah tersebut kepadanya dengan harga yang murah," katanya. - Detik.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain