suria

Suami bunuh isteri, kemudian buat drama! Sumbat bakso sampai kerongkong konon mati tersedak

Seorang suami disyaki membunuh isterinya sebelum menyumbat bakso ke dalam mulutnya.

AKIBAT sering dimaki dan dihamburkan dengan kata-kata kesat, seorang lelaki dipercayai membunuh isterinya di Desa Kertasari, Daerah Bekasi, Indonesia.

Bagi mengaburi mata pihak berkuasa, dia kemudian menyumbat bakso sehingga ke kerongkong seolah-olah wanita itu mati tersedak makanan itu.

Menurut pegawai polis Metro Bekasi, Twedi Aditya Bennyahdi, motif kejadian adalah kerana mangsa sering bertekak dengan suspek.

"Mangsa juga akan mengeluarkan kata-kata kesat sehingga mengganggu emosi suspek.

"Ekoran itu, suspek bertindak mencekik dan menutup muka mangsa dengan bantal dengan tujuan untuk membunuh," ujarnya.

Bagaimanapun terdapat juga andaian yang menyatakan mangsa sering berhutang tetapi tidak pernah meminta izin daripada suspek.

"Suspek mengakui bahawa isterinya sering meminjam duit daripada orang lain tanpa meminta izin daripadanya," jelasnya lagi.

Kejadian berlaku pada 5 Mei yang mana suspek dan mangsa bertengkar selepas dia terjaga dari tidur.

Tambah Twedi, mangsa juga menyatakan ingin keluar dari rumah yang didiami bersama anaknya sebelum diajak ke bilik tidur di mana tempatnya ditemui maut.

Selepas membunuh isterinya, suspek memasukkan potongan bakso ke kerongkong mangsa kononnya dia meninggal kerana tersedak.

“Pelaku, yang pura-pura menemukan mangsa di bilik, berteriak memanggil ibu bapanya. Bapanya datang ke bilik, melihat mangsa sudah tidak bernyawa, diberitahu kerana tersedak bakso," ujar Twedi.

Kebenaran terbongkar setelah keluarga mangsa meminta bedah siasat dilakukan.- news.detik

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain