suria

Cuba elak hujan lebat, pesawat Pakistan 'bersiar-siar' sesat di ruang udara India lebih 40km

Pesawat Pakistan sesat di ruang udara India kerana hujan lebat.

HUJAN lebat yang melanda Pakistan pada 4 Mei lalu menyebabkan kapal terbang Pakistan International Airlines (PIA) memasuki ruang udara India selama hampir 10 minit.

Penerbangan PK248 dikatakan dalam perjalanan pulang dari Muscat pada 4 Mei dan cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Allama Iqbal di Lahore.

Bagaimanapun, hujan lebat menyukarkan juruterbang untuk mendaratkan pesawat Boeing 777 itu.

Menurut laporan The News, juruterbang itu cuba mendarat di lapangan terbang tetapi pesawat menjadi tidak stabil akibat hujan lebat.

Oleh itu, atas arahan pengawal trafik udara, juruterbang memulakan pendekatan 'bersiar-siar' (go-around)namun dia tiba-tiba hilang arah kerana faktor ketinggian rendah dan hujan lebat.

Pesawat itu, yang terbang pada ketinggian 13,500 kaki pada kelajuan 292 km/j, memasuki ruang udara India dari balai polis Badhana kemudian berpatah balik dari Naushehra Pannuan selepas menempuh perjalanan sejauh 40 kilometer melalui bandar Taran Sahib dan Rasulpur di Punjab India.

Semasa terbang di ruang udara India, kapten membawa pesawat itu ke ketinggian 20,000 kaki dan terbang di ruang udara India selama tujuh minit.

Penerbangan itu kemudian memasuki semula ruang udara Pakistan dari kampung Jhagian Noor Muhammad di Punjab India kemudian melalui perkampungan Dona Mabboki, Chaant, Dhupsari Kasur dan Ghati Kalanjar di daerah Kasur di Punjab Pakistan. - wionews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain