SEORANG penumpang wanita disengat kala jengking ketika menaiki penerbangan Air India dari New Delhi ke Nagpur. Syarikat penerbangan tersebut mengesahkan insiden itu berlaku melibatkan pesawat AI 630, pada 23 April lalu. Menurut Air India, penumpang wanita itu, yang diberikan rawatan perubatan sejurus selepas pesawat mendarat di Nagpur, kini dalam keadaan stabil. "Terdapat insiden yang sangat jarang berlaku dan malang melibatkan kala jengking menyengat penumpang di dalam penerbangan kami AI 630 pada 23 April 2023. "Semasa mendarat penumpang tersebut telah dirawat oleh doktor di lapangan terbang dan kemudian dirawat di hospital sebelum dibenarkan keluar. Kakitangan kami mengiringi penumpang tersebut ke hospital dan memberikan bantuan sehingga dia dibenarkan keluar," kata Air India dalam satu kenyataan. Air India menambah, pemeriksaan menyeluruh terhadap pesawat berkenaan dijalankan susulan kejadian itu. "Pasukan kami mengikut protokol dalam menjalankan pemeriksaan menyeluruh dan menemui kala jengking itu. "Kami amat kesal dengan kesulitan yang dialami penumpang," kata syarikat penerbangan itu lagi. - Indiatimes Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube