suria

Bayi sulung ‘pergi’ selepas 35 hari dilahirkan, suami isteri hias kubur dengan tema Hello Kitty ubati kesedihan

Sepasang suami isteri menghiasi kubur bayi mereka dengan tema Hello Kitty.

VIDEO memaparkan sepasang suami isteri yang menghiasi pusara anak kecil mereka dengan tema karakter animasi popular, hello Kitty, menjadi tular di media sosial.

Menurut individu yang memuat naik video berkenaan di TikTok, @helsaseftini, pusara berkenaan adalah pusara anak kecilnya.

"Sebagian besar orang mulai sibuk membeli atau mempersiapkan baju lebaran untuk anaknya. Ibu hanya bisa menghiasi makam anak gadis ibu dengan warna kerana kami yakin baju Akel di syurga lebih indah dari segalanya di dunia," tulisnya.

Menerusi perkongsian video tersebut yang dirakam pada 17 April lalu, kelihatan suami wanita berkenaan sedang mengecat kubur anak mereka dengan warna merah jambu, manakala batu nisan berbentuk Hello Kitty diletakkan di atasnya.

Setelah selesai mengecat, wanita tersebut menabur bunga di atas kubur yang sudah diletakkan batu-batu kerikil.

Video tersebut ternyata mengundang perhatian netizen yang memberikan reaksi yang pelbagai.

Ada di antara mereka yang mencadangkan supaya pusara si kecil itu seelok-eloknya dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan.

Wanita tersebut yang dihubungi portal berita tempatan berkata, dia dan suaminya sepakat untuk mencantikkan kubur anak perempuan mereka kerana tidak berpeluang menjaganya.

"Itu makam anak pertamaku yang sudah kami perjuangkan selama lima tahun pernikahan. Segala usaha rawatan sudah kami lalui dan Allah mempercayai kami mendapatkan rezeki keturunan.

"Tapi sayangnya Allah belum memberi waktu yang lama hanya sekadar singgah di rahimku dan berjuang di dunia selama 35 hari. Aku dan suami saat itu hancur, anak yang selama ini kami inginkan diambil Allah," ujarnya yang berasal dari Sumatera Barat, Indonesia. - Wolipop

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain