suria

Pengunjung panik! Jari kaki dihisap pengurus hotel terkemuka ketika sedang tidur

Pengurus hotel ditahan lakukan serangan seksual.

SEORANG tetamu yang menginap di sebuah hotel terkemuka di Nashville, Tennessee menjadi panik apabila mendapati seorang lelaki sedang menghisap jari kakinya semasa dia sedang tidur.

Perbuatan jijik pengurus hotel terbabit, David Neal yang berusia 52 tahun membuatkannya terjaga dari tidur pada jam 5 pagi.

Ekoran itu, dia ditahan pada 5 Mei bagi membantu siasatan.

Menurut Polis Metropolitan Nashville, Neal telah menghasilkan kad kunci tambahan yang membolehkannya masuk ke dalam bilik yang diduduki mangsa.

Tetamu yang terkejut hampir serta-merta mengenali Neal, kerana dia adalah salah seorang pekerja hotel yang telah dihantar ke biliknya untuk membaiki televisyen.

"Ia benar-benar menakutkan. Saya berada di Nashville untuk persidangan kerja dan memilih untuk menginap di hotel ini.

"Tanpa diduga saya dikejutkan dengan insiden serangan seksual oleh seorang lelaki yang telah memecah masuk ke dalam bilik," katanya yang berhasrat untuk menyaman hotel tersebut. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain