SEORANG penumpang lelaki maut selepas bas yang dinaikinya bergerak tanpa pemandu ketika menuruni laluan berbukit sebelum terjunam ke dalam sungai di Daerah Tegal, Indonesia. Menurut laporan detik.com, kesemua penumpang yang terlibat sudah mendapatkan rawatan perubatan manakala rangka bas tersebut telah dialihkan dari lokasi kejadian. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Pegawai polis, Mohammad Sajarod Zakun turut menyatakan pihaknya masih belum menemukan punca kemalangan. Lokasi kemalangan berhampiran jambatan. Katanya, semasa kejadian pemandu bas tiada dalam kenderaan. "Kita masih menyiasat punca yang menyebabkan bas terjatuh ke dalam sungai," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube