suria

Ngeri! Badan pesakit alami batuk rupanya dipenuhi sisa cacing pita

Kesan sisa cacing pita yang terdapat dalam badan seorang pesakit.

MENGEJUTKAN! Imbasan x-ray badan seorang pesakit yang kononnya mengalami batuk berterusan rupanya dipenuhi sisa berpuluh-puluh larva cacing pita.

Menurut seorang pakar perubatan Brazil, ratusan bintik-bintik terang yang kelihatan pada imbasan tersebut masing-masing mewakili sisa kapur parasit.

Keadaan ini, dipanggil cysticercosis yang mana ia berlaku apabila larva spesies cacing pita yang biasanya hidup di dalam usus, memasuki tisu seperti otot atau otak.

Di situ mereka membentuk nodul keras seperti cyst yang boleh dirasai seperti ketulan di bawah kulit.

Walaupun tidak menyenangkan namun ia secara amnya tidak berbahaya kerana larva tidak dapat hidup manakala cyst yang tinggal boleh menyebabkan masalah lain sekiranya ia berkembang di otak atau mata.

Dr Vitor Borin de Souza dari Hospital das Clínicas di Botucatu berkata, Cysticercosis diperoleh daripada pengambilan telur cacing pita yang wujud dalam najis manusia dengan cacing pita.

"Jika tidak mahunya, basuh makanan dengan baik sebelum memakannya," ujarnya.

Dr de Souza menambah bahawa dalam kebanyakan kes seperti itu, pesakit tidak memerlukan sebarang rawatan.

"Jika anda tidak mengalami sebarang kecederaan di dalam kepala, saraf tunjang atau mata, anda tidak perlu merawat," jelasnya lagi. - Daily Mail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

cyst, cacing pita, pesakit Brazil,

Artikel Lain