BERANG tidak diberikan harta peninggalan daripada ibu mentuanya, seorang wanita tergamak mengugut ingin bercerai dengan suaminya. Peristiwa yang berlaku di Hong Kong itu disebabkan lelaki terbabit menerima wang peninggalan berjumlah kira-kira RM11.3 juta (HK$20). Dia yang membuat hantaran di media sosial sehingga menjadi tular turut memaklumkan perkahwinan mereka berdua baru berusia lima tahun. Tambahnya, mendiang yang baru sahaja meninggal dunia meminta supaya wang peninggalan itu dibahagikan secara adil kepada tiga penama. Malah atas permintaan mendiang ibunya, wang tersebut akan digunakan untuk membayar yuran persekolahan selain membeli rumah yang lebih besar. Ujarnya lagi, meskipun sudah memaklumkan tujuan tersebut, isterinya tetap berkeras. Namun dia berpegang kepada pesanan arwah ibunya yang mahu dia mengutamakan keluarga serta tidak bergaduh kerana duit. - Tribune Medan Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube