TRAGIS! Pengunjung Orenburg, Rusia dikejutkan dengan insiden mencemaskan apabila bumbung permainan buaian merry-go-round yang sedang berpusing laju tiba-tiba runtuh. Kejadian tersebut mengakibatkan 20 orang termasuk lapan kanak-kanak cedera. Malah, tiga daripadanya berada dalam keadaan serius. Penunggangnya dilaporkan tercampak semasa buaian dalam berkelajuan tinggi. Susulan itu, orang ramai yang berada di lokasi tersebut berusaha untuk mengeluarkan mangsa yang cedera. Difahamkan, tapak permainan yang terletak di Barat Daya Rusia baru sahaja dibuka untuk beroperasi pada minggu lalu. Pun begitu, pengarah taman itu, Timur Shogenov menegaskan permainan buaian berkenaan selamat digunakan sebelum kejadian berlaku. “Semuanya selamat. Semua tunggangan tertakluk pada pemeriksaan negeri dan pensijilan teknikal,” ujarnya. - Mirror.co Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube