TINDAKAN seorang wanita yang menipu suami kononnya pergi ke gim pada waktu malam akhirnya mengundang padah. Suami yang curiga kemudian membawa anaknya untuk mengekori isteri. Lokasi yang dikunjungi isterinya bukanlah gim, sebaliknya adalah hotel. Kejadian berlaku di sebuah hotel di Kendari di Sulawesi Tenggara, Indonesia, pada Jumaat lalu. Ketika menerjah ke bilik hotel, lelaki berkenaan mendapati isterinya hanya berselimut. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kantoi curang melalui rakaman kamera monitor bayi, suami ancam bunuh orang ketiga Menerusi video yang tular, isterinya didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan seorang anggota polis. Ketika serbuan dilakukan oleh si suami, anggota polis berkenaan berada di bilik mandi. Difahamkan, isterinya dan anggota polis tersebut bukan sahaja sering makan berdua bersama, malah menghantar mesej dengan kata-kata mesra. Kedua-dua mereka juga difahamkan merupakan rakan di sebuah organisasi dan di gim. Sebagai peringatan, perbuatan berzina adalah dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya. - Tribun News Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube