CURIGA melihat wajah cucunya kelihatan seperti jiran, seorang datuk akhirnya mendapatkan sampek kedua-duanya bagi melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Melakukannya secara berahsia, dia mengakui telah memendam rasa selama lapan tahun. Memetik laporan Tribun Medan, kejadian tersebut berlaku di wilayah Hunan, China. "Selepas melihat cucunya dilahirkan, dia berasa curiga dan pelik dengan situasi rumah tangga anaknya. "Tambahan pula cucunya memiliki kulit yang gelap berbanding anak dan menantunya yang putih... kelopak matanya juga berbeza," katanya. Rasa syak semakin menebal berikutan menantunya juga seorang yang menjaga penampilan kerana menjalankan perniagaan pakaian. Manakala anaknya pula sering keluar kawasan selama beberapa hari kerana terlalu sibuk bekerja. Namun selepas dua tahun menikah, tiba-tiba menantunya menyatakan sudah hamil walhal anaknya pulang ke rumah sekali dalam tempoh tiga bulan. Malah dia pernah menyuarakan perkara tersebut sehingga membuatkan menantunya marah dan ingin keluar daripada rumah. Dia bagaimanapun berjaya membawa cucunya untuk melakukan ujian DNA dan keputusan yang diterima amat mengejutkan berikutan keraguannya tidak munasabah. - medan tribun Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube