suria

Kereta dirampas selepas memandu tanpa lesen 50 tahun, tak pernah lulus ujian

Seorang lelaki menerima padah apabila keretanya dirampas polis. foto Derbyshire RPU / SWNS

NASIB seorang pesara yang memandu tanpa lesen selama 50 tahun akhirnya mengundang padah.

Pegawai dari unit kepolisan jalan Polis Derbyshire di United Kingdom menyita kereta miliknya atas beberapa kesalahan, pada 6 Mei lalu.

Pihak polis kemudian mendapati pemandu berusia 69 tahun itu tidak pernah lulus ujian memandu atau memiliki lesen memandu.

Ini bermakna dia telah memandu secara haram selama lima dekad.

Malah, dia telah menipu syarikat insurans kereta kononnya dia mempunyai lesen memandu selama ini.

"Pemandu kenderaan ini tidak pernah lulus ujian memandu walaupun berusia 69 tahun dan telah memandu selama lebih 50 tahun.

"Dia telah memberikan butiran kepada syarikat insurans yang menunjukkan bahawa dia mempunyai lesen tetapi rancangannya itu akhirnya dikesan.

"Kenderaannya dirampas dan pemandu dilaporkan atas pelbagai kesalahan," menurut polis dalam kenyataan. - Metro

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain