suria

Murah dan unik! Pasangan rakam foto ‘pre-wedding’ pakai persalinan diperbuat daripada kanvas khemah

Pasangan ini mengenakan busana diperbuat daripada kanvas khemah.

LAZIMNYA pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan akan merakamkan detik sesi bergambar pra-perkahwinan (pre-wedding) dengan pelbagai konsep.

Ada yang memakai persalinan perkahwinan, pakaian adat mahupun kasual.

Namun, berbeza pula dengan konsep persalinan yang dipilih oleh pasangan ini.

Tular di media sosial beberapa keping gambar mereka merakamkan foto pra-perkahwinan dengan memakai persalinan yang diperbuat daripada kanvas khemah.

Gambar-gambar tersebut mula tersebar luas di media sosial selepas dimuat naik akaun Facebook Khoirul Anam.

Kelihatan kanvas khemah direka menjadi persalinan sut dan gaun kembang lengkap dengan mahkota untuk dipakai bakal mempelai.

"Pakaian pre-wedding murah dari terpal (kanvas khemah)," tulis Khoirul Anam pada perkongsiannya.

Hantaran tersbeut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dengan rata-ratanya meninggalkan komen lucu dan menyifatkan persalinan berkenaan tak ubah seperti baju hujan.

Bagaimanapun Khoirul Anam dalam penjelasannya berkata, gambar-gambar tersebut bukanlah foto pra-perkahwinan sebenar sebaliknya ia adalah konten semata-mata.

Malah wanita bersamanya di dalam gambar tersebut juga bukan kekasihnya tetapi hanya seorang kenalan. - Wolipop

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain