suria

30 bangkai ikan jerung ditemukan terdampar di pantai, pakar gagal cari punca!

30 bangkai jerung ditemukan di UK pada Selasa.

SEJUMLAH 30 bangkai ikan jerung ditemukan terdampar di sebuah pantai di United Kingdom (UK) pada Selasa.

Pakar marin menyifatkan kejadian di pantai Prestatyn di Denbighshire, Wales Utara itu sebagai membimbangkan.

Malah, mereka juga gagal mencari punca kejadian yang membawa kepada kematian haiwan-haiwan berkenaan.

Pelbagai spekulasi timbul ekoran kejadian itu, termasuklah yang mengaitkan faktor semulajadi.

Gem Simmons, dari British Divers Marine Life Rescue, turut berkunjung ke pantai Prestatyn, untuk memeriksa bangkai berkenaan namun gagal mengambil sebarang sampel.

"Perkara pertama yang saya ingin periksa adalah sama ada mereka mengalami kerosakan insang.

"Terdapat beberapa laporan tentang pukat haram tetapi kami tidak mempunyai banyak bukti mengenainya," ujarnya. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain