DUA individu yang berbogel di dalam sebuah restoran mengakui sedih membaca komen kecaman yang diterima menerusi media sosial. Neil Cox, 34, dan Danielle Quiggin, 35, dirakam sedang menikmati burger dan minuman keras di sebuah premis. Beberapa individu turut berborak dengan mereka dan tidak melepaskan peluang untuk bergambar. Pasangan itu berkata mereka tidak berdepan sebarang masalah, malah kakitangan restoran juga sangat mesra. Bagaimanapun, mereka menerima reaksi berbeza apabila foto kehadiran ke premis itu tular di media sosial. Neil, dari Cheshire, yang bekerja dalam bidang ekonomi mengakui sedih apabila kedai tersebut turut menjadi mangsa kebencian orang ramai. Untuk rekod, perbuatan berbogel di tempat awam dibenarkan di England selagi ia tidak melibatkan perbuatan seks atau mengganggu ketenteraman. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube