suria

Lelaki henti penuaan secara tak sengaja, wajah kekal seperti budak umur 13 tahun

Remaja ini kekal awet muda secara tak sengaja kerana pembedahan yang dilaluinya.

SATU impian untuk semua, tetapi mimpi ngeri untuk pemuda ini.

Luiz Augusto Marcio Marques, 23, terbantut tumbesarannya dan kekal awet muda selepas menjalani prosedur pembedahan untuk membuang sejenis tumor yang jarang berlaku dalam dunia perubatan.

Luiz atau lebih senang disapa sebagai Guto hari ini kelihatan seperti kanak-kanak berumur 13 tahun meskipun usianya sudah menjangkau ke alam remaja.

Guto menetap di bandar asalnya iaitu Passo Fundo, yang terletak di selatan Brazil.

Guto menjalani kehidupan yang normal sehingga umur tujuh tahun, namun selepas itu, dia mula mengalami sakit kepala teruk sehingga menjejaskan aktiviti hariannya dan kesakitan itu berlaku dengan lebih kerap ketika usianya meningkat dewasa.

Ibu bapa Guto membawanya berjumpa pakar tetapi tidak ada seorang doktor pun yang mampu mendiagnosis keadaannya dengan tepat.

Situasi berubah apabila Guto mengalami sawan dan dia dibawa ke hospital untuk dirawat, di sini punca sebenar sakit kepalanya akhirnya diketahui.

Ternyata sakit yang dialami Guto bukannya sakit biasa kerana ia adalah sejenis tumor yang dikenali sebagai craniopharyngioma, nisbah kes yang berlaku adalah satu dalam 50 juta orang.

Pembedahan perlu dilakukan segera kerana Guto boleh kehilangan nyawanya dalam masa beberapa hari jika lambat dirawat.

Bagaimanapun pembedahan itu ada risikonya kerana Guto boleh kehilangan keupayaan untuk berjalan, bercakap atau menggerakkan mata.

Selepas dipertimbangkan, ibu bapa Guto bersetuju untuk membenarkan Guto menjalani pembedahan.

Semasa pembedahan, kelenjar pituitari Guto terjejas dan dia dijangka akan berhenti membesar secara normal.

Akhirnya apa yang digeruni itu menjadi realiti, Guto berhenti membesar pada usia 12 tahun, hari ni umurnya adalah 23 tahun dan Guto masih kelihatan seperti kanak-kanak berumur 10 tahun. - Oddity Central

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain