suria

Mengadu sakit perut malam pertama, pengantin perempuan lahirkan anak sehari selepas nikah

Pengantin perempuan mengadu sakit perut pada malam perkahwinan. -Gambar hiasan / Freepik

SEORANG pengantin lelaki terkejut apabila isterinya melahirkan bayi perempuan, hanya sehari selepas mereka berkahwin.

Insiden berlaku apabila wanita dari Telangana, Secunderabad di India mengadu sakit perut pada malam pertama perkahwinan di rumah suami di sebuah kampung di Greater Noida, Uttar Pradesh.

Wanita itu dikejarkan ke hospital berhampiran, manakala suami dan mentuanya dalam terkejut dan tidak percaya dengan kejadian yang berlaku.

Memetik laporan India Today, doktor mendedahkan pengantin perempuan yang baru berkahwin itu hamil tujuh bulan dan dia kemudian melahirkan seorang bayi perempuan keesokan hari.

Pihak pengantin lelaki mendakwa keluarga pengantin perempuan mengetahui tentang kehamilan wanita itu tetapi tidak memberitahu mereka mengenai perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlampau ikut kata sahabat, pengantin wanita ditinggal pada hari pernikahan

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya sempat bergelar isteri 10 minit, pengantin lelaki meninggal dunia di majlis kahwin

Dilaporkan, mereka hanya dimaklumkan bahawa wanita berkenaan hanya menjalani pembedahan untuk membuang batu karang, yang menyebabkan perutnya kelihatan buncit dan bengkak.

Selepas pendedahan kehamilan, suami serta keluarga mentua enggan menerima wanita itu atau bayinya dan memaklumkan kejadian tersebut kepada keluarga pengantin perempuan.

Kedua-dua keluarga akhirnya mencapai persetujuan dan tiada tindakan polis dibuat.

Dilaporkan, keluarga pengantin perempuan kemudian membawa wanita itu pulang ke kampung. - India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain