SEORANG pemuda yang mendapati dirinya merupakan satu-satunya penumpang dalam satu penerbangan, mendedahkan dia kini berada dalam grup sembang bersama kru kabin pesawat berkenaan. Penumpang itu menaiki penerbangan American Airlines dari Oklahama selepas ditangguh selama 18 jam. Berkongsi kisahnya itu di akaun TikTok, Phil Stringer meraih jutaan tontonan selepas ia menjadi tular. Pada asalnya, Phil sepatutnya menaiki penerbangannya pada pukul 6.20 pagi waktu tempatan ke Charlotte, Carolina Utara, Ahad lalu. Bagaimanapun, selepas beberapa kali kelewatan, dia menjadi satu-satunya penumpang yang menunggu cukup lama untuk menaiki penerbangan tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Mahu privasi seperti kelas perniagaan, penumpang wanita balut tiga tempat duduk dengan plastik ARTIKEL BERKAITAN: Penumpang teruja lihat pelancaran roket angkasa sewaktu berada dalam pesawat Sebaik memasuki pesawat, Phil menyedari dia baru sahaja dinaik taraf kepada penerbangan peribadi kerana dia merupakan satu-satunya orang di dalam pesawat selain anak kapal. Selain itu, Phil juga menikmati hidangan Kelas Pertama dalam penerbangan. Bercakap kepada New York Post: "Saya percaya sikap anda menentukan destinasi anda. "Ya, ia adalah hari yang membosankan. Tiada siapa yang mahu tinggal di lapangan terbang selama 18 jam, tetapi jika anda mempunyai pemikiran yang positif, anda boleh mengubah sesuatu menjadi sangat menyeronokkan." Nampaknya Phil kini disenangi kru sehingga mereka memasukkannya di dalam grup sembang kumpulan itu selepas penerbangan. "Kami bertukar nombor telefon, jadi saya berkawan dengan semua kru sekarang. Kami berada dalam grup mesej yang sama," katanya kepada People. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!