suria

Bangkai Titan dibawa naik... 'Kemungkinan mayat' ditemukan, penganalisis lakukan ujian untuk kenal pasti punca tragedi

Serpihan kapal selam Titan yang dibawa naik.

'KEMUNGKINAN mayat manusia' telah ditemui dalam serpihan kapal tenggelam Titan, ujar Pengawal Pantai AS pada Rabu.

Beberapa bahagian kapal yang boleh dikenal pasti telah diangkat ke darat pada awal petang, termasuk muncung kapal selam dan panel besar yang kelihatan dari hujung ekornya.

Di tengah-tengah serpihan yang ditemui itu, pegawai Pengawal Pantai berkata, mereka menemui apa yang dipercayai sebagai mayat manusia.

Ia kini akan diangkut di atas kapal ke pelabuhan di Amerika Syarikat di mana mereka akan melakukan ujian dan analisis.

Penemuan itu mengejutkan pakar yang mengesyaki Titan musnah sepenuhnya apabila ia mengalami 'letupan' semasa perjalanan ke serpihan Titanic, membunuh kesemua lima penumpang di dalamnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kapal selam Titan meletup berhampiran bangkai Titanic, semua 5 penumpang disahkan terkorban

Terdahulu pada Rabu, seorang koroner memberitahu DailyMail.com bahawa dia percaya mayat mereka yang berada di dalam kapal termasuk jutawan British Hamish Harding, penjelajah Perancis Paul-Henri Nargeolet, Ketua Pegawai Eksekutif OceanGate, Stockton Rush dan bapa seta anak Shahzada dan Suleman Dawood mungkin tidak dapat dipulihkan.

Pun begitu, menurut pegawai terlibat, mayat 'diasingkan' dengan berhati-hati daripada serpihan yang ditemui awal hari itu.

"Saya berterima kasih atas sokongan antarabangsa dan agensi yang diselaraskan untuk memulihkan dan mengekalkan bukti penting ini pada jarak dan kedalaman luar pesisir yang melampau," kata Kapten Lembaga Penyiasatan Marin Jason Neubauer dalam satu kenyataan.

Jelasnya, bukti itu akan memberikan penyiasat dari beberapa bidang kuasa antarabangsa dengan pandangan kritikal tentang punca tragedi.

Tetapi Neubauer menyatakan terdapat 'banyak kerja' yang masih perlu dilakukan untuk memahami apa yang terjadi kepada kapal selam Titan dan pada masa sama membantu memastikan tragedi serupa tidak berlaku lagi.

MBI akan meneruskan pengumpulan bukti dan temu bual saksi untuk memaklumkan pendengaran awam tentang kejadian itu.

"Mereka telah bekerja sepanjang masa sekarang selama 10 hari, melalui cabaran fizikal dan mental dalam operasi ini," kata syarikat itu dalam satu kenyataan. - Daily Mail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain