BERANG kerana asyik menjadi mangsa buli rakan dan guru, seorang murid berusia 14 tahun nekad membakar sekolahnya sendiri. Mana tidaknya aduan buli yang dilaporkan kepada guru tidak diterima dengan baik. Menurut pihak berkuasa, murid terbabit turut meluahkan rasa kesal kerana hasil kerjanya tidak dihargai guru. "Guru menganggap biasa sedangkan dia merasakan tugasan yang dihantar itu perlu mendapat markah tinggi," katanya. Tindakannya membakar sekolah menyebabkan kerugian berjumlah RM46,737 (150 juta rupiah). Jika disabitkan kesalahan dia boleh dihukum penjara 12 tahun. - Kumparan Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!